Perkhidmatan ڤرخدمتن Batu_Pahat

Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat

Pengangkutan ڤڠڠكوتن

Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian, pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.

Pengangkutan awam ڤڠڠكوتن عوام

Terminal Feri Minyak Beku

Batu Pahat dihubungkan melalui pengangkutan awam tempatan dan kedua-duanya antara kawasan sekitarnya dan antara bandar. Ia ialah:

  • Terminal Bas (Perkhidmatan bas ekspres, tempatan dan bas antara bandar. Selain itu, teksi juga boleh didapati di terminal)
  • Terminal Feri (Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku, perkhidmatan pelabuhan Indonesia di Tanjung Balai, Bangkalis dan Batam)
  • Keretapi berkelajuan tinggi (Pelan cadangan untuk membina stesen pertukaran di Batu Pahat)[8]

Syarikat Bas Antarabandar شريكت بس انتارابندر

1. Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Kluang

2. Costal Omnibus Co, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Benut
  • Terminal Batu Pahat ke Sg Suloh/Sg Ayam/Minyak Beku
  • Terminal Batu Pahat ke Hospital Batu Pahat/Taman Soga

3. Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Muar
  • Terminal Batu Pahat ke Yong Peng

4. Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd http://www.majujc.com.my/

  • Terminal Batu Pahat ke Tongkang Pecah
  • Terminal Batu Pahat ke Simpang Lima

5. Syarikat Tanjau Jaya Bus, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Parit Raja

6. Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd http://handalindah.com.my/latest.php

  • Terminal Batu Pahat ke Ayer Hitam

7. Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd

  • Terminal Batu Pahat ke Sri Medan

8. Syarikat S&S Sdn Bhd

 Terminal Batu Pahat ke Kluang

Syarikat Bas Ekspres شريكت بس ايكسڤريس

  1. KKKL Ekspres Sdn Bhd
  2. Transnasional Ekspres
  3. Hasry Ekspres Sdn Bhd
  4. Causeway Link Ekspres Sdn Bhd
  5. S&S Internasional Express
  6. Orchid Ekspres Sdn Bhd
  7. SP Bumi Ekspres
  8. 707 Travel Group Express
  9. Cepat Ekspres
  10. SE Super Ekspres
  11. KPB Ekspres
  12. Airport Coach Sdn Bhd (Ke KLIA dan KLIA2)

Jalan

Bagi kawasan bandar pula, Bandar Batu Pahat dihubungkan dengan beberapa batang jalan utama ke pinggir bandar terpencil atau bandar-bandar lain.

Hospital dan pusat penjagaan kesihatan utama هوسڤيتل دان ڤوست ڤنجاڬان كصيحتن اوتام

Klinik Kesihatan Parit Raja
  1. Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI)
  2. Putra Specialist Hospital
  3. Pantai Specialist Hospital
  4. KPJ Mutiara Gading (dijangka beroperasi pada 2017)
  5. Klinik Kesihatan Batu Pahat